IWAN FALS LEGENDA PEMUSIK INDONESIA


Bicara soal Iwan Fals adalah bicara soal sosok yang belum ada duanya di dalam percaturan musik tanah air. Orang menyukainya bukan karena gemerlapnya gaya hidup, kegantengan, atau bahkan teknik vokalnya yang luar biasa. Sebaliknya, Iwan adalah seorang sosok yang sangat bersahaja (mekipun memang ganteng), apa adanya, dan bukan jebolan sekolah vokal mana pun. Ia mengawali karirnya benar-benar dari bawah.
Berangkat dari ngamen, ikut festival lagu-lagu humor (pernah jadi juara), hingga akhirnya menembus dapur rekaman. Itu pun tidak semulus yang kita bayangkan, karena rekaman pertamanya (sebelum Oemar Bakri) sempat jeblok. Pendeknya, Iwan Fals bisa seperti sekarang ini bukan dengan sim salabim. Dia tahu persis getirnya perjuangan untuk mencapai posisi yang saat ini diraihnya sebagai salah satu legenda musik Indonesia.
Salah satu yang saya sukai dari seorang Iwan Fals adalah kejujurannya, baik itu kejujuran dalam menuangkan ide-idenya ke dalam lirik lagu, maupun kejujurannya dalam bersikap. Simak saja bagaimana Iwan Fals mengungkap cinta misalnya.
'..hanya mampu katakan, aku cinta kau saat ini
entah esok hari, entah lusa nanti,
entah..' (ENTAH)
Di saat kebanyakan lirik lagu berlomba mengobral kata-kata muluk soal cinta, Iwan justru mengungkap cinta dengan cara yang berbeda, tidak munafik. Betapa sederhana, betapa jujur, karena bukankah tidak ada yang bisa menjamin bahwa kita bisa mencintai seseorang selamanya?
Hal lain yang saya kagumi dari Iwan Fals adalah kharisma. Ini juga muncul dengan sendirinya dan tidak dibuat-buat. Orang yang punya kharisma tentu lain dengan orang yang 'jaim'. Penyanyi Indonesia mana yang memiliki penggemar-penggemar yang berasal dari berbagai kalangan sekaligus? Bahkan usia mereka juga sangat variatif, dari mulai yang seusia dengan Iwan, sampai ABG. Demikian juga status sosial.
Lalu apa sebenarnya yang dimiliki Iwan Fals sehingga ia memiliki nama yang demikian besar? Beberapa sudah saya sebutkan di atas.
*
Kejujuran, terungkap dalam sikap kesehariannya maupun terutama lirik-lirik lagunya. Dan kejujuran ini yang justru menjadi kekuatan dari lirik-lirik lagu Iwan Fals. Dan konsekuensi dari kejujuran ini juga yang dulu sering membuat Iwan berurusan dengan aparat keamanan, ketika lagu-lagunya dianggap 'meresahkan' atau bahkan membuat merah kuping penguasa.
01.27.10 (7:05 am) [
edit]
0
Comments
Akum Versus As Salam

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum&quo t; dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH&nbs p;ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH  ;ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum&quo t; dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.....
12.10.09 (8:05 am) [
edit]
0
Comments
Kisah Susu Ibu

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.
Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir,macam mana nak selesaikan masalah tersebut.Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor
dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.
Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum.Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!
Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut.
Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
Semoga menjadi panduan buat kita semua......
08.16.09 (8:08 am) [
edit]
0
Comments
KEMBALINYA DAN TAK AKAN KEMBALI LAGI WS RENDRA
PENYAIR AGUNG INDONESIA
WAHYU SULAIMAN RENDRA
AL-FATIHAH..
07/08/2009
Penyair terkemuka Indonesia WS Rendra, yang turut berpengaruh di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.
Rendra, 74, yang juga dikenali 'Si Burung Merak' meninggal dunia pada 10.15 malam tadi .
Jenazah allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat Jakarta.
Lokasi persemadian Rendra ini tidak jauh dari kubur sahabatnya Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu "Tak Gendong" yang meninggal dunia Selasa lepas.
Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.
"Saya bisa langsung beribadah kepada Allah tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Sehingga saya merasa hak individu saya dihargai," katanya sambil mengutip ayat al-Quran, yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat daripada urat leher seseorang.
08.08.09 (9:29 am) [
edit]
0
Comments
KISAH TIGA ORANG SAHABAT.
Al kisah adalah 3 orang sahabat yang sungguh susah hidup mereka. Ghuyub seorang pengira tiang letrik yang bertauliah, Kulop pula seorang pencabut uban monyet profesional, manakala Nyot pula seorang pencincang air yang masih belum confirm jawatannya.
Satu hari minggu, mereka pergi ke satu tempat perkelahan sambil membincangkan masa depan hidup mereka. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang tukang pencuci batu sungai dengan seorang penjual sate beruang kutub.
"Kau tau tak, dekat Bukit Skodeng ada satu gua yang di dalamnya tinggal seorang pendita tua?
"Mana aku tau. Kau tak kasi tau aku semalam."
"Kata orang, sesiapa yang dapat berjumpa dengannya akan kaya raya hidupnya", cerita si pencuci batu sungai itu lagi.
Sahabat bertiga yang terdengar perbualan mereka itu tadi terus mendapat satu ilham dan mula merancang untuk ke Bukit Skodeng pada esok hari.
Dipendekkan cerita, sampailah mereka ke gua tersebut. Lalu bertemulah mereka dengan seorang pendita tua yang sedang menumbuk sambal untuk makan malamnya.
"Lato', kami datang nak makan." sapa Ghuyub
"Hoi! Makan boleh lain kali la...kami datang nak jadi kaya raya Lato'" marah Nyot pada Ghuyub sambil memberitahu maksud kedatangan mereka kepada pendita tua tersebut.
"Oooo...mau jadi kaya hoh? Boree...borreee.." jawab pendita tua itu dengan bahasa Jepun yang mencurigakan.
"Kamu mesti datang berjumpa dengan aku seorang demi seorang pada hari yang berlainan dengan membawa beberapa biji daripada satu jenis buah sahaja. Pada masa itu aku akan berikan kamu syarat-syarat untuk jadi kaya!" terang pendita tua itu kepada mereka bertiga (seperti yang di'translate'kan oleh kucing di gua itu kepada saya dalam bahasa baku).
Maka sahabat bertiga itu pun pulanglah ke kampung mereka dan memikirkan buah apa yang akan mereka bawa untuk berjumpa dengan pendita tua setelah tiba giliran mereka nanti.
"Senang je ni...aku nak bawak buah langsat la" kata Ghuyub dalam hati.
Esoknya adalah giliran Ghuyub untuk berjumpa dengan pendita tua itu. Bersama-samanya di bawa setangkai langsat.
"Baiklah. Sekarang kamu telah penuhi syarat pertama. Syarat kedua dan terakhir sebelum kamu perolehi kekayaan ialah....." pendita tua tu bagi Ghuyub suspen..
"Kamu hendaklah masukkan kesemua buah langsat itu ke dalam punggung kamu. Sekiranya kamu berjaya, 1 jongkong emas akan aku berikan."
Ghuyub yang melopong terus mengikut arahan pendita tua itu. Satu persatu buah langsat itu dimasukkan dengan mukanya yang berkerut-kerut menahan kentutnya.
Akhirnya...berjayalah Ghuyub memasukkan kesemua DUA BELAS biji langsat kedalam punggungnya. Pendita tua berpuas hati dan memberikannya 1 jongkong emas. Ghuyub pulang dan bercadang untuk membuka bisnes kain kapan yang diidam-idamkannya selama ini.
Hari kedua merupakan giliran Kulop. Apabila dilihatnya Ghuyub sudah mendapat 1 jongkong emas dengan hanya membawa setangkai buah langsat, dia terfikir "Ada baiknya aku bawa sebakul buah epal. Untung-untung aku boleh dapat 2 jongkong emas".
Maka berlakulah perkara yang sama kepada Kulop. Dia juga berjaya dan pulang membawa 2 jongkong emas sambil terkangkang-kangkang.
Nyot yang hairan bertanya kenapa Kulop berjalan terkangkang-kangkang itu.
"Aku terlupa nak sikat bulu kaki aku tadi", jawab Kulop selamba.
Oleh kerana terlalu gembira melihatkan Kulop yang berjaya membawa pulang 2 jongkong emas dengan bersyaratkan sebakul epal sahaja, Nyot mendapat satu idea yang sungguh memberahikan! "Aku akan bagi pendita tua tu happy gila besok bila aku bawak buah-buah ni semua", katanya Nyot dengan konfidennya dalam hati.
Sesampainya Nyot dengan senyum lebar ke gua tersebut, pendita tua itu pun memberitahunya dengan gembira, "Hari ini kau sungguh bertuah kerana aku nak buat clearance stock. Kau boleh ambil semua jongkong emas di gua ini kalau kau berjaya menyempurnakan syarat ke dua aku"
Setelah pendita tua itu menerangkan syaratnya kepada Nyot....dia terus jatuh pengsan....sambil sempat melihat dengan sayunya kearah BUAH DURIAN yang dibawanya SATU LORI!!!
07.08.09 (7:05 am) [
edit]
0
Comments
SELAMAT HARI IBU DAN ELEGI UNTUK ANDA

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
------------------------- ------------------------- ------------------------- ----------------------
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, PERKENALKAN WEBBLOG ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
05.09.09 (10:05 am) [
edit]
0
Comments
Pemanasan Global Kesan Kepada Kita
RAMAI mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada tengah hari. Mereka turut mengaitkan kemungkinan kepanasan itu balasan kepada manusia kerana sering melakukan kerosakan di muka bumi.

Pandangannya itu mungkin benar dan tidak tetapi apa yang nyata kerosakan yang dilakukan manusia ke atas bumi memang tidak dapat dinafikan sejak berabad lalu. Penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran industri, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan pelepasan gas rumah hijau antara contoh ‘kerosakan’ yang dilakukan manusia hingga memberi kesan terhadap bumi.
Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), suhu dunia diramal meningkat daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius antara 1990 dan 2100. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan semakin panas dalam tempoh seabad lagi dan mungkin tidak selamat lagi. Ini berikutan pemanasan global mempunyai banyak kaitan dengan pelbagai bencana alam. Kenaikan suhu itu boleh mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut. Risiko banjir besar boleh berlaku jika perkara itu berlaku, malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam. Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak tetapi tanah di situ menjadi lebih cepat kering disebabkan penyejatan air yang berlaku dengan cepat. Kerosakan akan berlaku ke atas tanaman dan haiwan menyebabkan bekalan makanan berkurangan di beberapa tempat di dunia.

Akhbar melaporkan kajian terbaru IPCC mendapati suhu purata Malaysia dianggarkan meningkat antara 0.6 darjah Selsius hingga 4.5 darjah Selsius menjelang 2060. Kajian itu turut menyebut kawasan pantai dan penempatan seluas 1,200 kilometer persegi akan tenggelam jika langkah pencegahan awal diabaikan berikutan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan paras laut.
Dalam ucapan perasmian Forum Kesan Pemanasan Global Ke atas Strategi Pengairan di Malaysia, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, dilaporkan berkata secara kasar, senario pemanasan global dijangka meningkatkan suhu 4.5 darjah Selsius dengan pengurangan 10 peratus hujan sekali gus mengurangkan kadar penerimaan air antara 13 peratus dalam musim tengkujuh dan 53 peratus musim kemarau. “Peningkatan aras laut pula mampu menghasilkan gelombang ganas yang mengancam garis pantai dan struktur hakisan pantai, pemusnahan zon penampan paya bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik seperti ketam, ikan, udang, flora dan fauna. “Cendekiawan juga menganggarkan lebih ramai orang akan terkena penyakit atau mati kerana tekanan cuaca panas dengan wabak penyakit yang biasa ditemui di daerah tropika seperti disebabkan nyamuk atau haiwan pembawa penyakit lain,” katanya.
Kebimbangan sama turut disuarakan Pengarah Hal Ehwal Iklim Universiti Malaya (UMCCA), Profesor Dr Khairulmaini Osman Salleh, ketika membentangkan kertas kerja Fenomena El Nino di Masjid Kariah Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. Beliau berkata, suhu bumi yang kian meningkat mengakibatkan kehidupan menghadapi satu ancaman besar berikutan berlakunya bencana alam lebih kerap dengan tempoh semakin meluas. Menurutnya, sebanyak 95 peratus punca suhu bumi yang semakin meningkat itu mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia, terutama membabitkan penggunaan bahan bakar fosil. “Sejak 10 tahun kebelakangan ini, manusia semakin terancam berikutan bencana kerap berlaku. Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar semakin kerap dan ancamannya bertambah meluas. “Senario pemanasan global turut menggiatkan kesan El Nino, terutama membabitkan kejadian kemarau dan banjir. El Nino akan mempengaruhi iklim dunia mengakibatkan sesetengah tempat kemarau manakala sesetengah lagi banjir,” katanya. Beliau berkata, El Nino merujuk kepada pemanasan tempatan di pinggir Peru dan Equador di Amerika Selatan serta perubahan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik Khatulistiwa. “El Nino berlaku dalam selangan tiga ke tujuh tahun apabila suhu permukaan laut di bahagian barat Lautan Pasifik jatuh beberapa darjah Selsius manakala di timur Lautan Pasifik naik beberapa darjah Selsius. Tempoh berlaku El Nino antara 12 hingga 18 bulan merangkumi permulaan, pertumbuhan, kematangan dan kereputan. “Kejadian itu adalah peristiwa semula jadi di Lautan Pasifik dan kebiasaannya selepas El Nino, La Nina atau musim sejuk atau musim biasa akan datang,” katanya yang juga Profesor Jabatan Geografi Universiti Malaya. El Nino yang berlaku pada 1997 dan 1998 dikatakan paling besar pada kurun ke-20 apabila suhu permukaan lautan naik lima hingga enam darjah Selsius. “Pada 2006, El Nino tidak kuat, bagaimanapun ia bukan bermakna kejadian lebih besar tidak boleh berlaku tetapi kita tidak tahu bila masanya kerana teknologi sekarang hanya mampu meramal untuk jangka masa pendek. “Lebih membimbangkan, trend kejadian El Nino sejak 50 tahun kebelakangan ini menunjukkan sifat peningkatan suhu permukaan laut,” katanya. Dr Khairulmaini berkata, pengkaji juga bimbang dengan pola kejadian El Nino yang semakin bertambah kuat dan tidak dapat menjangkakan bila ia akan berlaku. Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini, ramalan mendapati kekuatan El Nino menurun sehingga lewat Mac ini saja. “Selepas itu kita tidak tahu, mungkin ia seteruk 1997 atau lebih buruk lagi kerana senario kepanasan bumi yang semakin meningkat.
Peristiwa semula jadi itu akan memberi kesan kepada kesihatan, pertanian, perhutanan, sumber air, pinggir laut dan ekosistem serta habitat,” katanya. Menurutnya, kesedaran mengenai ancaman itu perlu disampaikan kepada masyarakat supaya mereka bersedia dan dapat bertindak berdasarkan keadaan tertentu. “Masyarakat perlu diingatkan supaya berhati-hati dan bersedia menerima kesan El Nino. Masalah komunikasi dan tindakan susulan perlu diatasi agar orang ramai sedar dan mampu bertindak jika berada dalam situasi tertentu,” katanya.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad, pula berpendapat, doa adalah persediaan terbaik dalam menghadapi apa jua ujian Allah seperti bencana alam. “Rasulullah sendiri membuktikan bahawa solat, doa dan dengan izin Allah, masalah kemarau dan banjir dapat diatasi,” katanya. Menurutnya, maksud Surah al-Taghabun 64:11 iaitu ‘Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu’ memberi kesimpulan nyata kepada umat Islam. “Umat Islam perlu kembali mentaati agama dan menjauhi maksiat. Melakukan ibadat berterusan dan banyak berdoa kepada Allah dalam menghadapi ujian,” katanya.

Bagi Penulis, Isu Pemanasan Global atau Global Warming perlu diambil berat bagi setiap manusia sejagat yang ada di dunia ini. kita perlu bendung fenomena ini dari berlaku pada kita ATAUPUN terhadap anak atau cucu cicit dan keturunan kita nanti. Bumi kita dah menderita akibat kekejaman kita dan sifat tamak kita terhadap bumi kita ini. Jadi.. fikir-fikirkanla…( by Mohd.Firdaus)
04.10.09 (9:18 am) [
edit]
8
Comments
DIKIR BARAT

PENGENALAN
Permainan dikir barat adalah suatu teater tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan Patani.Secara umumnya, tidak seperti teater tradisional lain, permainan ini lebih popular di kalangan masyarakat biasa daripada kalangan istana. Di dalam persembahan dikir barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang tukang karut dan tok juara (atau dikenali sebagai juara sahaja). Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dan diikuti oleh awok-awok sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun pertandingan.Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat tani di musim menuai padi dan juga majlis perkahwinan serta berkhatan. Di samping itu, pertandingan sering diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan mahupun pihak tertentu untuk mengutip wang. Dikir barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional lain.Perkembangan teater ini amat unik kerana dikir barat sering berubah bentuk persembahan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Perkataan dikir adalah hasil dari kombinasi dua perkataan, iaitu dikir dan pantun atau dikir dan karut.Pengertian karut itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi dikir barat, dikir karut, dikir pantun dan dikir syair merujuk kepada perkara yang sama. Walau bagaimanapun, di Kelantan permainan ini lebih dikenali sebagai dikir barat dan di Patani sebagai dikir karut.
ASAL-USUL
a) Dikir Barat Berasal dari Patani
Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal usul dikir barat. Setengah pendapat mengatakan permainan ini berasal dari Patani. Sebenarnya dikir barat, yang lebih terkenal dengan nama dikir karut, dibawa dari Patani. Mengikut orang-orang Kelantan perkataan barat ini bermakna Patani.
Ini tidak dapat dinafikan kerana pada satu ketika dahulu negeri Kelantan pernah diperintah oleh kerajaan Siam. Rakyat dari kedua-dua buah negeri ini sering berulang-alik dan secara tidak langsung dikir dibawa ke sana dan diterima pula oleh masyarakat di situ. Ketika dibawa ke Kelantan, dikir barat adalah dalam bentuk dikir dan di sana permainan ini telah ditambah dengan pantun, diubahsuai dari segi persembahan serta loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
b) Dikir Barat Berasal dari Pulau Kerengga
Mengikut keterangan yang diberikan oleh Nik Abd. Rahman bin Nik Dir (Pak Nik Man) dikir barat berasal dari Pulau Kerengga iaitu satu daerah di dalam jajahan Narathiwat di selatan Siam. Seorang yang bernama Pak Sa berasal dari Pulau Kerengga telah masuk ke Kelantan dalam tahun 1931 dan telah ditangkap oleh Pak Nik Man sendiri ketika bertugas sebagai pegawai kastam.Pak Sa telah masuk tanpa pasport dan menyeludup barang.
Pak Sa telah ditangkap dan dipenjarakan tetapi setahun kemudian beliau telah memperkenalkan dikir barat kepada orang-orang Kelantan. Oleh kerana beliau berasal dari Pulau Kerengga maka timbullah pendapat yang mengatakan dikir berasal dari sana.
c) Dikir Barat Berasal dari Ilham Budak-Budak Penjaga Lembu
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dikir barat berasal dari permainan budak-budak yang menjadi gembala lembu di padang rumput. Pada tahun 1930-an terdapat ramai pencuri lembu berkeliaran di padang rumput. Oleh kerana ketakutan budak-budak penjaga lembu ini duduk berkelompok dan berdikir beramai-ramai.
Mereka akan menyanyi dan berpantun sambil sindir-menyindir sesama mereka untuk menghibur hati dan melupakan perasaan takut terhadap perompak tadi. Dari peristiwa inilah timbulnya permainan dikir barat.
d) Dikir Barat Berasal dari Pulau Tebu
Ada orang mengatakan bahawa dikir barat berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nah Lombong yang berasal dari kawasan tersebut.Sewaktu beliau memperkenalkan dikir barat ramai menganggap permainan ini sebagai satu hasil seni yang baru sebab iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti rebana besar.
e) Dikir Barat Berasal dari Ciptaan Mat Leh Tapang
Bila memperkatakan dikir barat nama Mai Leh Tapang tidak boleh dilupai kerana ramai orang mengenali beliau melalui dikir barat. Mat Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad berasal dari Kampung Tapang. Beliau telah mengakui bahawa dikir barat ini sebenarnya berasal dari Patani. Beliau telah mengubahsuaikan permainan ini dengan memasukkan pantun. Jadi, pada awalnya dikir barat yang dibawa ke Kelantan itu masih lagi dalam bentuk dikir tanpa pantun.
Dipercayai bahawa Dikir barat diperkenalkan di Tanah Melayu mulai tahun 1930 oleh Tuan Haji Mat Salleh b. Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh Tape atau (Mat Leh Tape). Gelaran Tape dihujung namanya adalah panggilan mengikut nama sebuah kampung iaitu Tapang. Kemungkinan juga kebudayaan ini diasaskan beliau di Kampung Tape.Semasa pemerintahan Jepun, Datuk Menteri Kelantan pernah memanggil beliau untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun.Pada zaman itu juga terdapat sebuah kumpulan dikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan dikir barat di kampungnya.Awok-awoknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam).Mereka mendendangkan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Mat Leh Tapang pula berperanan menggubah serta menambah dikir tersebut dengan pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.
PERSEDIAAN SEBELUM BERMAIN
Bermacam-macam persediaan perlu dilakukan sebelum pertunjukan dikir barat dapat dipersembahkan di hadapan khalayak. a) Menempah Tukang Karut dan Juara
Jikalau sesuatu pertunjukan dikir barat itu dianjurkan oleh sesebuah badan terpulanglah kepada penganjur tersebut untuk menempah tukang karut dan juara yang sesuai. Awok-awok tidak payah ditempah kerana setiap juara sudah mempunyai awok-awok sendiri. Selalunya penganjur mahukan tukang karut dan juara yang popular. Penganjur boleh menempah tukang karut dan juara sama ada secara formal atau sebaliknya iaitu di rumah tukang karut sendiri, melalui orang tengah, di tempat pertunjukan ataupun di mana sahaja mereka dapal berjumpa.
b) Mendapat Kebenaran Bermain
Satu lagi tugas penganjur ialah mendapatkan kebenaran pertunjukan dari pihak berkuasa seperti penghulu, penggawa, pegawai polis dan ketua jajahan / daerah.
c) Menampal Iklan-Iklan dan Poster
Iklan-iklan ditampal, disebar dan didedahkan di sekitar kawasan kampong dalam bahasa atau loghat daerah.Walau bagaimanapun pengumuman melalui pembesar suara sangat popular. Pihak penganjur akan pergi ke kampung-kampung yang berdekatan pada waktu petang sebelum pertunjukan itu dan turut memberi tahu bahawa permainan tersebut akan diadakan di kampung yang tertentu pada waktu lain.Di antara pengumuman tersebut berbunyi begini :
Jage lupa adik kakak ini mala dikir barat
di pade sekolah Alo Bakat denge
tuke karutnya mat Yeh de Sudin: Tok Joranya
Ripin ana denge Daud Bukit Abal serta penyanyi
wanita Che Esah Sayonara de
Zaleha Gula Batu
Datela berghama-ghama
d) Tempat Bermain
Permainan dikir barat dimainkan di atas pentas. Biasanya, bentuk pentas dibina mengikut corak permainan sesebuah dikir barat.
i. Bangsal atau Pentas Untuk Pertunjukan Percuma
Jika permainan ini dipertunjukkan dihari perayaan atau majlis perkahwinan maka bangsal atau pentas didirikan setinggi 4 kaki.Pertunjukan ini percuma dan semua penonton dapat melihat dari jauh.Bangsal ini biasanya diperbuat daripada buluh berlantaikan papan dan beratapkan daun kelapa.
ii. Bangsal atau Pentas Untuk Pertunjukan Yang Dikenakan Bayaran
Kadang kala terdapat juga penganjur yang mengadakan permainan ini dengan tujuan mengutip wang. Penonton dikenakan bayaran masuk. Kedudukan pentas pertunjukan ini amat rendah. Oleh itu, hanya orang yang masuk ke kawasan panggung sahaja dapat melihat pertunjukan. Pentas ini berlantaikan papan dan beratapkan daun kelapa dan dibina di tengah-tengah padang yang dikeliling oleh pagar yang juga diperbuat daripada daun kelapa.
AHLI-AHLI KUMPULAN
Setiap pasukan dikir barat mempunyai seorang tukang karut, seorang juara dan beberapa orang awok - awok (selalunya antara 15-30 orang).
a) Awok - awok
Awok - awok adalah sekumpulan orang yang berdikir dalam permainan dikir barat. Kebiasaannya awok-awok terdiri dari muda-mudi belasan tahun (tetapi mereka tidak pernah bercampur) dan kerana faktor usia inilah orang menamakan mereka sebagai budak-budak dikir. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awok-awok. Awok-awok menyanyikan korus sambil duduk dalam kedudukan secara bulatan.
Gelaran awok-awok ini mengambil sempena dari nama kumpulan orang-orang nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua dipanggil sebagai jeragan dan keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awok-awok dalam permainan dikir barat yang di bawah jagaan ketua mereka iaitu juara. Tugas awok-awok ialah mengikut atau mengulangi secara beramai-ramai. Seni kata lagu yang didendangkan oleh juara dan tukang karut mereka. Sebenarnya, awok-awok melahirkan suara latar atau korus bagi permainan dikir barat.
b) Juara (Tok Juara)
Juara merupakan orang yang kedua penting dalam satu pertunjukan dikir barat.Tugasnya ialah berdikir sebelum tukang karut mengarut.Pada waktu tertentu juara juga terpaksa mengarut iaitu sewaktu menunggu ketibaan tukang karut (biasanya di awal permainan) tetapi karutnya tidak panjang. Juara tidak menyanyi tetapi berdikir sambil duduk di sepanjang masa permainan. Tukang karut pula mendendangkan karutnya sambil berdiri dan menari. Suara juara yang baik dan merdu boleh menaikkan semangat tukang karut dan awok-awok pasukannya. Tema yang dibawa oleh juara selalunya menjadi panduan kepada tukang karut untuk mengarut kerana selepas juara berdikir tukang karut akan mengarut pula.
01.09.09 (9:04 am) [
edit]
1
Comments
KALAU YANG ITU KAYA YANG INI BERI.
Ada suatu amalan penutur Melayu yang merosakkan bahasanya sendiri. Apabila ada penutur bukan Melayu yang salah menggunakan perkataan, sebutan atau tatabahasanya sendiri, maka dia akan menurut sahaja amalan penutur bukan melayu yang SALAH itu. Dia tidak berusaha mahu membetulkannya.
Berikut adalah contoh yang baik.

Perkataan “kaya” dalam bahasa Melayu bermakna ‘banyak harta.’ Tidak ada roti yang kaya. Tidak akan ada benda begitu.
Oleh sebab itu itu, apa perkataannya? Yang dimaksudkan adalah “serikaya,” iaitu roti serikaya.
Penutur Cina yang tidak mengetahui perkataan serikaya sepenuhnya, sering bermasalah menuturkan perkataan panjang. Oleh sebab itu mereka pendekkan menjadi kaya sahaja. Yik Mun pun begitu.
Tetapi penutur Melayu seharusnya tidak belajar daripada orang yang TIDAK TAHU.
Gunakan perkataan Roti Serikaya.
Kita ada juadah lain yang bermula dengan seri: serimuka, seritalam, dll. Tentulah kita tidak akan memanggilnya kuih talam dan kuih muka. Sekiranya ada yang berbuat begitu, berhentilah, dan mulakanlah menuturkan bahasa Melayu yang santun.
Anehnya, strawberry tidak pula menjadi Roti Beri!!!
written by profabdullah
11.22.08 (8:10 am) [
edit]
0
Comments
Barack Hussein Obama II

Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-44 setelah mengalahkan John McCain dari Parti Republikan dan calon lain dalam pilihan raya presiden 2008. Beliau merupakan orang Afrika Amerika pertama yang dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat yang diumumkan menang pada 4 November 2008.
Obama juga merupakan orang Afrika Amerika pertama memenangi pencalonan presiden bagi mana-mana parti politik utama Amerika Syarikat.[1] Beliau yang merupakan Senator Amerika Syarikat muda dari Illinois seterusnya menewaskan senator Hillary Clinton dalam pertandingan sengit untuk menjadi calon presiden Parti Demokrat.
Obama adalah graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau menjadi presiden kepada jurnal Harvard Law Review. Obama juga pernah bekerja sebagai pengurus komuniti dan membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal di dalam Senat Illinois daripada tahun 1997 hingga 2004. Beliau mengajar undang-undang perlembagaan di University of Chicago Law School sejak tahun 1992 sampai 2004. Berikutan daripada percubaan yang gagal bagi mendapatkan satu kerusi di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam tahun 2000, beliau telah mengumumkan kempennya bagi kerusi Senat A.S. di dalam bulan Januari 2003. Selepas kemenangan pertama pada bulan Mac 2004, Obama telah menyampaikan ucapan dasar di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan pada bulan Julai 2004. Beliau telah dipilih mewakili Senat pada bulan November 2004 dengan 70 peratus undi.
Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan. Beliau juga mengadakan lawatan rasmi ke Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, keganasan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S. yang sudah kembali. Semenjak mengumumkan kempen presiden pada bulan Februari 2007, Obama menekankan penamatan perang Iraq, peningkatan ketakbersandaran tenaga, dan penyediaan penjagaan kesihatan sejagat sebagai keutamaan negara. Obama mengumumkan di dalam kempen presidennya pada bulan Februari 2007, dan telah dipilih secara rasmi di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008 dengan senator dari Delaware, Joe Biden, sebagai calon pasangan beliau.
Anak kepada bapa berbangsa Kenya dan ibu kulit putih ini menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya di Honolulu, Hawaii. Ketika berusia enam tahun, beliau pindah ke Jakarta, Indonesia, untuk tinggal bersama ibunya dan bapa tirinya yang berbangsa Indonesia selama empat tahun. Seorang lepasan ijazah Columbia University dan Sekolah Perundangan Harvard, Obama bertugas sebagai pengelola masyarakat, profesor universiti,[2] aktivis politik, dan peguam sebelum berkhidmat di Senat Illinois dari tahun 1997 hingga tahun 2004.
Berikutan kegagalan meraih kerusi di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada tahun 2000, beliau mengumumkan kempen Senat Amerika Syarikat pada Januari 2003. Setelah menang besar-besaran pada Mac 2004 untuk menjadi calon Demokrat untuk Senat A.S., Obama menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen Kebangsaan Demokratik pada Julai 2004. Beliau diundi untuk menyertai Senat pada November 2004 dengan 70% undian.
11.08.08 (8:15 am) [
edit]
0
Comments
Malaikat sujud

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta tiupkan padanya roh
daripada (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Setelah selesai
kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.” (Surah
Shaad : 72-73)
Allah telah menciptakan Nabi Adam daripada tanah hitam dalam bentuk
manusia. Allah membentuknya secara bertahap, kemudian ditiupkan roh
kepadanya. Maka jadilah manusia yang terdiri daripada daging, darah, otot yang
bergerak menurut kemahuan dan fikiran-Nya.
Apabila Adam telah dihidupkan, Allah memerintahkan para malaikat, Iblis dan
semua isi syurga supaya tunduk dan sujud kepada Adam.
Sujud dalam erti kata memuliakan dan menghormati, bukan untuk
menyembahnya. Ini kerana Allah tidak menyuruh seseorang beribadat
menyembah selain daripada-Nya.
Selepas membuka kedua-dua matanya, Adam dapat melihat semua yang
terdapat di sekitarnya. Alangkah indah dan cantik syurga ciptaan Allah yang
dihiasi dengan pepohon yang rendang, bunga-bunga yang kembang, buahbuahan
yang sedang masak ranum, air sungai yang mengalir laju dan haruman
syurga yang amat menyegarkan tubuhnya.
Lalu Adam pun mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil A’alamin” (segala pujian
bagi Allah yang mengatur seluruh alam). Para malaikat sangat kagum melihat
dan mendengar ucapan pertama yang keluar daripada mulut Adam.
Satu ucapan yang berisi pengertian dan kesedaran yang tinggi bahawa alam ini
seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah. Sebab itulah, Allah selamanya harus
disanjung dan dipuji.
Para malaikat serentak menjawab ucapan Adam, “Yarhamukallah, ya Adam,”
(Allah selalu menumpahkan rahmat-Nya kepada engkau ya Adam dan
selamatlah). Para malaikat lalu berdiri dan beratur mengelilingi Adam. Mereka
pun sujud sebagai tanda menghormati Adam, sebagaimana yang diperintahkan
oleh Allah kepada mereka. Hanya Iblis sahaja yang tidak mahu sujud hormat
kepada Adam.
Malaikat sujud pada Adam sebagai tanda hormat pada ilmu yang dimiliki oleh
Adam. Allah kurniakan kepada Adam kelebihan yang tidak dimiliki oleh para
malaikat iaitu ilmu dan akal. Sesungguhnya tinggi rendahnya harga diri
seseorang itu dinilai dari segi ilmunya.
07.26.08 (10:26 am) [
edit]
0
Comments
Negeri Jepun Selepas Perang Dunia Kedua
Pengenalan
Negeri Jepun telah tewas dalam Perang Dunia Kedua. Pendudukan Amerika selama 6 ½ tahun telah bermula secara rasmi pada 2 September 1945 dan berakhir pada 28 April 1952. Pada teorinya, pendudukan tersebut adalah bersifat antarabangsa. Satu perjanjian yang dicapai di Moscow pada bulan Disember 1945 telah menetapkan bahawa pendudukan di negeri Jepun harus ditentukan oleh dua badan, iaitu Suruhanjaya Timur Jauh (Far Eastern Commission) dan Majlis Berikat (Allied Council). Suruhanjaya Timur Jauh diwakili oleh 13 buah negara dan beribu pejabat di Washington manakala Majlis Berikat diwakili oleh 4 buah negeri dan beribu pejabat di Tokyo. Pada akhirnya, pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat melalui Jeneral Douglas MacArthur yang telah dilantik Pemerintah Agung Kuasa-kuasa Berikat (Supreme Commander for the Allied Powers – SCAP). Pada bulan April 1951, Jeneral Douglas MacArthur telah diganti oleh Jeneral Matthew B. Ridway. Dasar pendudukan Amerika adalah berasaskan kepada 2 prinsip utama, iaitu keperluan membubarkan angkatan tentera Jepun (demilitarization) dan menjadikan Jepun sebuah negara yang demokratik (democratization of Japan). Pada keseluruhannya, pendudukan Amerika di negeri Jepun telah berjaya dan diterima baik oleh rakyat Jepun. Ia telah membantu negeri Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem kerajaan berparlimen. Pada 8 September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah negara lain telah menandatangani satu perjanjian perdamaian dengan negeri Jepun di San Francisco. Melalui perjanjian ini, Jepun mencapai semula kemerdekaannya pada 28 April 1952 tetapi terpaksa menggugurkan segala tuntutan ke atas bekas koloni-koloninya.

Kesan-kesan Pendudukan Amerika
1. Pembubaran angkatan tentera
Salah satu tugas utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun. Ini adalah untuk memastikan bahawa negeri Jepun tidak akan lagi mengancam keamanan dan keselamatan dunia. Jentera perang Jepun telah dimusnahkan. Angkatan tentera Jepun dan kira-kira 1300 buah persatuan nasionalis lampau telah dibubarkan. Kilang-kilang membuat senjata telah ditutup. Peperangan diharamkan. Semua tentera dan orang awam Jepun di seberang laut yang berjumlah kira-kira 3 juta telah dibawa balik ke negeri Jepun. Pembicaraan orang Jepun yang dianggap penjenayah perang telah diadakan. 7 pemimpin Jepun termasuk Tojo telah digantung dalam bulan Disember 1948. SCAP telah juga menyingkirkan kira-kira 200000 orang pegawai tentera, kerajaan dan pemimpin perniagaan yang dipercayai terlibat dengan dasar perluasan negeri Jepun.
2. Pengenalan unsur-unsur demokrasi
Pengenalan unsur-unsur demokrasi merupakan kesan terpenting pendudukan Amerika. Satu perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada tahun 1947. Negeri Jepun telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan Diet. Diet yang terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Councillor dijadikan organ kuasa negara yang tertinggi dan organ perundangan yang tunggal. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas hal-hal kewangan. Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Councillor merupakan badan terpilih. 467 orang ahli Dewan Rakyat adalah dipilih bagi tempoh 4 tahun manakala 250 orang ahli Dewan Councillor adalah dipilih bagi tempoh 6 tahun. Semua rakyat Jepunyang berumur 20 tahun dan ke atas mempunyai hak mengundi. Perlembagaan baru tersebut juga mensyaratkan bahawa Perdana Menteri Jepun harus dipilih daripada kalangan ahli Diet. Majoriti menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli Diet. Kuasa kerajaan pusat telah diagihkan dan pilihanraya tempatan digalakkan. Pihak-pihak berkuasa tempatan diberi kuasa yang lebih dalam hal-hal cukai dan perundangan. Kementerian Dalam Negeri yang menguasai polis dan pentadbiran tempatan telah dibubarkan. Perlembagaan baru ini telah menjamin hak-hak asasi seperti persamaan dari segi undang-undang, kebebasan pemikiran, kebebasan akhbar dan hak-hak suami dan isteri yang sama. Orang tahanan politik dibebaskan. Perlembagaan baru Jepun telah juga mengubah kedudukan Maharaja Jepun yang telah dianggap sebagai suci dan “inviolable”. Maharaja Jepun dijadikan hanya lambing negara dan perpaduan rakyat Jepun. Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara. Kerajaan Jepun telah menjadi sekular.
3. Pemulihan ekonomi
Pemulihan ekonomi merupakan kesan jangka pangjang pendudukan Amerika yang penting. Beberapa pembaharuan ekonomi yang bertujuan menggalakkan pembahagian pendapatan yang lebih luas di kalangan rakyat Jepun telah diperkenalkan. Pihak berkuasa pendudukan telah melaksanakan satu program pembaharuan tanah yang bertujuan menambahkan pemilikan tanah oleh petani-petani. Melalui Akta Pembaharuan Tanah 1946, pihak berkuasa pendudukan telah membeli tanah-tanah kepunyaan tuan-tuan tanah tidur (absentee landlords). Tanah-tanah ini kemudiannya dijual dengan harga rendah kepada petani-petani. Program tersebut tamat dilaksanakan pada tahun 1950 dan telah membolehkan 3 juta orang petani memperolehi tanah seluas 5 juta ekar. Ia juga berjaya menstabilkan ekonomi luar bandar. Pihak berkuasa pendudukan telah juga mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan monopoli ekonomi negeri Jepun oleh golongan zaibatsu. 83 buah syarikat induk zaibatsu telah dibubarkan. Harta-harta zaibatsu telah dibekukan. Ahli-ahli keluarga dan eksekutif zaibatsu telah disingkirkan. Pihak berkuasa pendudukan telah menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja. Akta Kesatuan Sekerja 1945 telah memberi pekerja-pekerja hak mogok dan berunding secara kolektif. Bilangan ahli kesatuan sekerja telah meningkat dengan pesat. Menjelang tahun 1949, kira-kira 6.5 juta orang pekerja telah menyertai kesatuan sekerja. Dasar ekonomi pihak berkuasa pendudukan telah berubah selepas tahun 1948. Akibat Perang Dingin antara dunia Barat dan Timur, langkah-langkah telah diambil untuk mengukuhkan negeri Jepun sebagai sekutu dunia Barat untuk menentang Komunisme. Pembayaran ganti rugi perang oleh negeri Jepun telah dihapuskan. Amerika Syarikat telah memberi bantuan ekonomi dan mempergiatkan langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi negeri Jepun. Perdagangan eksport negeri Jepun telah digalakkan.
4. Penyusunan semula sistem pendidikan
Pihak berkuasa pendudukan telah menyusun semula sistem pendidikan Jepun dengan berasaskan model Amerika Syarikat. Prinsip-prinsip yang mempengaruhi penyusunan semula pendidikan Jepun ialah demokrasi, kebebasan, pengagihan kuasa pusat, pendidikan massa, kepelbagaian dan internasionalisme. Pendidikan wajib dari 6 tahun ke 9 tahun. Kursus-kursus lama mengenai etik yang telah menggalakkan perkembangan faham ketenteraan telah digantikan dengan kursus-kursus sains sosial. Pentadbiran pendidikan diletakkan di bawah kerajaan tempatan. Beberapa universiti telah ditubuhkan di peringkat prefecture. Buku-buku teks telah ditulis semula dan kaedah-kaedah pengajaran baru diperkenalkan. Penekanan dalam buku-buku teks diberi ke atas aspek demokrasi dan hak-hak individu.
Negeri Jepun selepas pendudukan Amerika
Pendudukan Amerika telah merintis jalan bagi perkembangan-perkembangan politik, ekonomi dan sosial yang penting di negeri Jepun. Pada keseluruhannya terdapat kestabilan politik di negeri Jepun yang tetap mengamalkan sistem kerajaan berparlimen. Parti Liberal Demokratik telah muncul sebagai parti yang paling penting dan berpengaruh. Menjelang pertengahan tahun-tahun 1950-an, negeri Jepun telah mencapai semula paras ekonomi sebelum perang. Dalam tahun-tahun 1960-an pula, ia telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang utama di dunia. Pendapatan per kapita negeri Jepun telah meningkat dari $146 pada tahun 1951 ke $395 pada tahun 1960 dan melebihi $2000 pada tahun 1972. Perkembangan ekonomi negeri Jepun yang pesat adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
a.Pekerja-pekerja Jepun yang rajin, terpelajar dan mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi.
b.Perbelanjaan ketenteraan yang rendah iaitu hanya 1% daripada Keluaran Negara Kasar (Gross National Product).
c.Kadar wang simpanan yang tinggi.
d.Perlindungan perusahaan Jepun dari persaingan asing.
e.Sokongan dan bantuan Kerajaan Jepun yang seringkali diperkatakan
sebagai “Japan Incorporated”.
Bilangan penduduk Jepun di kawasan-kawasan bandar telah bertambah dengan pesat. Satu kelas pertengahan yang baru telah muncul. Masyarakat Jepun semakin dipengaruhi oleh kebudayaan Barat. Kadar pertumbuhan pendudukan Jepun telah merosot. Pergaulan antara lelaki dan wanita telah menjadi lebih bebas. Perasaan “kekitaan” masuh kuat di kalangan orang Jepun. Dasar luar negeri Jepun adalah berasaskan pada hubungan yang erat dengan Amerika Syarikat dan prinsip susunan dunia perdagangan yang aman dan terbuka. Menjelang tahun 1980, negeri Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang ketiga terbesar (selepas Amerika Syarikat dan Rusia) di dunia.
07.16.08 (9:44 am) [
edit]
5
Comments
SUKAN TAHUNAN SK.TG.BATU KE 20.
Suasana Temasya Sukan Tahunan Sk.Tg.Batu.
Antara Guru yang terlibat sebagai Petugas Temasya...

Pasukan WIRA telah Memenangi Johan Keseluruhan pada Temasya Sukan kali ini.


PENOLONG KANAN KURIKULUM SK.TG.BATU.
07.03.08 (10:31 am) [
edit]
0
Comments
Penawar rasa mengantuk.....
> Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
> atas kesalahan mengendap itik suami/isteri sedang mandi...
> Lalu hakim berkata..
> "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku..
> kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
> di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab...
> kamu akan dibebaskan..
> Ahli Falsafah mula berkata..
> "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku
> falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
> Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum...".
> Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi
> mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
> berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan...
> "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif..."
> Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan...
>
> Kemudian giliran pakar matematik mengajukan
> pertanyaan...
> "Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*2545 1) dalam
> masa 5 saat..".
> Sambil menekan kalkulator dengan pantas..
> Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata
> tepat..
> Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..
>
> Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
> "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7
> lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
> Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan
> tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
> Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
> "Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi
> keluar?"
>
> Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang
> berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
> hakim berkata...
> "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari
> sebelah kanan ini..".
>
> "Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang
> punggungku ini !!!".
> Pelawak itu kemudian dibebaskan..
06.21.08 (10:59 am) [
edit]
1
Comments
Hanya Ingin Mengingatkan
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima(5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan LimaPenawarnya .....
- Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
- Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
- Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
- Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
- Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
06.13.08 (10:11 am) [
edit]
1
Comments
Taufan Catarina

Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.
Struktur fizikal
Struktur utama bagi sesebuah taufan ataupun ribut tropika adalah seperti berikut:-
Mata taufan - Mata taufan adalah "pusat" utama bagi sesuatu sistem taufan. Kawasan tersebut merupakan kawasan dengan tekanan udara paling rendah, oleh itu ia menjadi tumpuan bagi angin kencang di sekelilingnya. Dengan itu, kawasan mata taufan biasanya tenang dan bebas daripada awan (ciri tersebut memudahkan taufan dikesan melalui satelit) tetapi angin di sekelilingnya adalah paling kencang serta awan yang mengelilingi mata taufan juga tebal.
Dinding mata - Jaluran awan paling tebal yang mengelilingi mata taufan. Pada bahagian dinding mata, hujan turun paling lebat serta kekerapan ribut petir juga paling kerap.
Jalur hujan - Jalur hujan adalah barisan awan hujan yang tersusun secara berpilin mengelilingi mata taufan. Jalur hujan membawa hujan yang lebat dan berkemungkinan menghasilkan puting beliung tetapi ruang antara jalur hujan boleh jadi tenang.
Peringkat taufan
Sesebuah taufan boleh diklasifikasikan mengikut keamatan angin seperti berikut:-
Gangguan tropika - Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat ini.
Ribut tropika - Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.
Taufan - Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.
Kesan taufan
Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar,menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.
Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar.
Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.

05.28.08 (8:07 am) [
edit]
0
Comments