KALAU YANG ITU KAYA YANG INI BERI.

Ada suatu amalan penutur Melayu yang merosakkan bahasanya sendiri. Apabila ada penutur bukan Melayu yang salah menggunakan perkataan, sebutan atau tatabahasanya sendiri, maka dia akan menurut sahaja amalan penutur bukan melayu yang SALAH itu. Dia tidak berusaha mahu membetulkannya.

Berikut adalah contoh yang baik.

Perkataan “kaya” dalam bahasa Melayu bermakna ‘banyak harta.’ Tidak ada roti yang kaya. Tidak akan ada benda begitu.

Oleh sebab itu itu, apa perkataannya? Yang dimaksudkan adalah “serikaya,” iaitu roti serikaya.

Penutur Cina yang tidak mengetahui perkataan serikaya sepenuhnya, sering bermasalah menuturkan perkataan panjang. Oleh sebab itu mereka pendekkan menjadi kaya sahaja. Yik Mun pun begitu.

Tetapi penutur Melayu seharusnya tidak belajar daripada orang yang TIDAK TAHU.

Gunakan perkataan Roti Serikaya.

Kita ada juadah lain yang bermula dengan seri: serimuka, seritalam, dll. Tentulah kita tidak akan memanggilnya kuih talam dan kuih muka. Sekiranya ada yang berbuat begitu, berhentilah, dan mulakanlah menuturkan bahasa Melayu yang santun.

Anehnya, strawberry tidak pula menjadi Roti Beri!!!

written by profabdullah

Your Name:


Your Comment: