Malaikat sujud

 

 

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta tiupkan padanya roh

daripada (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Setelah selesai

kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.” (Surah

Shaad : 72-73)

Allah telah menciptakan Nabi Adam daripada tanah hitam dalam bentuk

manusia. Allah membentuknya secara bertahap, kemudian ditiupkan roh

kepadanya. Maka jadilah manusia yang terdiri daripada daging, darah, otot yang

bergerak menurut kemahuan dan fikiran-Nya.

Apabila Adam telah dihidupkan, Allah memerintahkan para malaikat, Iblis dan

semua isi syurga supaya tunduk dan sujud kepada Adam.

Sujud dalam erti kata memuliakan dan menghormati, bukan untuk

menyembahnya. Ini kerana Allah tidak menyuruh seseorang beribadat

menyembah selain daripada-Nya.

Selepas membuka kedua-dua matanya, Adam dapat melihat semua yang

terdapat di sekitarnya. Alangkah indah dan cantik syurga ciptaan Allah yang

dihiasi dengan pepohon yang rendang, bunga-bunga yang kembang, buahbuahan

yang sedang masak ranum, air sungai yang mengalir laju dan haruman

syurga yang amat menyegarkan tubuhnya.

Lalu Adam pun mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil A’alamin” (segala pujian

bagi Allah yang mengatur seluruh alam). Para malaikat sangat kagum melihat

dan mendengar ucapan pertama yang keluar daripada mulut Adam.

Satu ucapan yang berisi pengertian dan kesedaran yang tinggi bahawa alam ini

seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah. Sebab itulah, Allah selamanya harus

disanjung dan dipuji.

Para malaikat serentak menjawab ucapan Adam, “Yarhamukallah, ya Adam,”

(Allah selalu menumpahkan rahmat-Nya kepada engkau ya Adam dan

selamatlah). Para malaikat lalu berdiri dan beratur mengelilingi Adam. Mereka

pun sujud sebagai tanda menghormati Adam, sebagaimana yang diperintahkan

oleh Allah kepada mereka. Hanya Iblis sahaja yang tidak mahu sujud hormat

kepada Adam.

Malaikat sujud pada Adam sebagai tanda hormat pada ilmu yang dimiliki oleh

Adam. Allah kurniakan kepada Adam kelebihan yang tidak dimiliki oleh para

malaikat iaitu ilmu dan akal. Sesungguhnya tinggi rendahnya harga diri

seseorang itu dinilai dari segi ilmunya.

Your Name:


Your Comment: