MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG ASRAMA SAINS.

Mesyuarat Agung PIBG Asrama Sains tempat anak saya belajar.Mesyuarat ini berhasil dan pihak ibubapa mengambil peluang untuk sama-sama para warga pendidik menangani keperluan pelajar dan saya selaku pewaris anak di sana sangat berbangga dengan keprihatian Pengetua dalam memperkasakan nilai-nilai murni dan akademik di sekolah berkenaan.
Bertemu sahabat lama di majlis berkenaan,sdra DJ.Seorang penulis berbakat besar kini berkhidmat sebagai pendidik(Pusat Kegiatan Guru).Semoga beliau meneruskan karya-karya yang belum terhasil disebabkan kesibukkan kerja yang mendadak,katanya.
Sediakan Lima sebelum Lima Sediakanlah lima sebelum datang yang lima iaitu;
1. Hidupmu sebelum matimu.
2. Semasa sihatmu sebelum datang masa sakitmu.
3. Waktu lapangmu sebelum datang masa sempit dan sulit mu.
4. Waktu mudamu sebelum sampai datang masa tuamu.
5. Sewaktu kayamu sebelum datang masa miskinmu.
