Titik........
![]()
Huruf-huruf adalah pertanda tinta; tiada satu pun
Kecuali yang diminyaki tinta; warna miliknya sungguh khayali,
Warna tinta itulah yang muncul sebagai wujud nyata.
Namun tak dapat tinta dikatakan pisah dari adanya.
Batin huruf-huruf terletak dalam rahsia tinta,
Dan penampakan lahirnya melalui ketentuan-dirinya.
Huruf-huruf itu adalah ketentuan-ketentuannya,
perbuatan-perbuatannya.
Dan tiada apa pun selain ia,fahami kiasan ini!
Huruf-huruf itu bukan ia; katakan bukan ia,jangan katakan mereka adalah ia.
Mengatakan demikian keliru,dan mengatakan"ia adalah mereka" adalah iguan
gila.
Sebab ia sudah ada sebelum huruf,ketika belum ada huruf;
Dan ia tetap ada,bilamana huruf sama sekali sudah tak ada.
Lihat dengan baik setiap huruf;segera akan kau lihat binasa
Kecuali wajah tinta yang tinggal;
Walaupun begitu,bagi seluruh penampakan lahir mereka,huruf-huruf
tersembunyi
Mereka lebur dalam tinta,sebab penampakan mereka tak lain
penampakan tinta.
Huruf tak menambah apa-apa pada tinta,dan tak mengambil
sesuatu pun,
Ia hanya menyingkap kepaduannya dalam aneka rupa.
merujuk ayat Qudsi: Aku adalah Harta tersembunyi dan Aku ingin diketahui;
maka Kuciptakan dunia.
Dalam suasana Ramadhan ku menulis.
Sediakan Lima sebelum Lima Sediakanlah lima sebelum datang yang lima iaitu;
1. Hidupmu sebelum matimu.
2. Semasa sihatmu sebelum datang masa sakitmu.
3. Waktu lapangmu sebelum datang masa sempit dan sulit mu.
4. Waktu mudamu sebelum sampai datang masa tuamu.
5. Sewaktu kayamu sebelum datang masa miskinmu.
