Interaksi Manusia Dengan Komputer (IMK)

 Gallery Bersama Anak-anak.

 Dikebun dukudikebun limau...

Dikebun durianAsraf HadiHisyammuddin

Terangkan ciri-ciri rekabentuk antara muka yang baik dan faktor-faktor

yang mempengaruhi reka bentuk antara muka tersebut.

Pengenalan

Secara umumnya,antaramuka adalah kaedah untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan sistem.Mereka bentuk antaramuka boleh menjadi satu aspek yang kritikal di dalam pembangunan sistem kerana:

i.Antaramuka adalah apa yang terlihat oleh pengguna.

ii.Rekabentuk yang efektif adalah mengikut disiplin yang ditentukan didalam Interaksi Manusia Komputer yang menggabungkan teknik psikologi dan ergonomik dengan sistem komputer.Reka bentuk antara muka yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti:

i.objek yang sama dikekalkan walaupun pada bahagian berlainan.

ii.setiap tindakan mestilah ada tindakan balas atau maklum balas.

iii.mempunyai kebolehan untuk pulih daripada kesilapan dan

iv.pengguna mempunyai kawalan ke atas antara muka.

 Grafik dalam Antara Muka

Membaca dan menterjemah maklumat yang mengarahkan pengguna bagaimana untuk menggunakan sistem.Antara muka yang baik dengan perwakilan grafik yang dapat membantu pengguna dalam menjangka dan memahami fungsi dan sesuatu perwakilan tersebut adalah sangat-sangat diperlukan.Merujuk Rajah 1,adalah diantara contoh perwakilan operasi “print” atau cetak yang menggunakan gambar pencetak yang mana bagi menyatakan fungsinya.Belbagai perwakilan grafik digunakan untuk mewakilkan objek sebenar ke atas paparan komputer.Ia dapat membantu pengguna dalam menjangka dan memahami fungsi sesuatu perwakilan.

Ada dua jenis perwakilan bergambar iaitu:

a.Perwakilan 2 D

b.Perwakilan 3 D atau 3 dimensi.

Diketahui perwakilan dua dimensi mudah dibuat berbanding dengan tiga dimensi.

.Saiz dapat memberikan jarak objek yang sama bentuk berada dari pengguna.

.Interposisi atau tindanan yang mana mengambarkan satu objek berada di hadap an berbanding objek yang berdekatan.Dari sudut penjelasan,kecerahan dan perbezaan warna sesuatu objek dapat memperlihatkan berlakunya perbezaan jarak.

Di mana objek yang jauh akan terhasil penglihatan yang kabur dan berwarna cerah.Manakala objek yang dekat nampak jelas mahupun dari segi warna,bentuk dan strukturnya.

Kesan perbezaan,penjelasan dan kecerahan objek terhadap

 penglihatan.

.Kesan bayang-bayang ke atas posisi objek juga boleh menampakkan

sesuatu objek itu seakan objek yang sebenarnya.

Kesan bayang-bayang ke atas posisi objek

.Dalam animasi, bila menggunakan pergerakan objek untuk ke lihatan lebih menarik dan cantik.Objek yang berada di hadapan akan bergerak laju relatif kepada objek yang berada di belakang  yang pertama tadi.

  

Kesan jarak objek terhadap animasi

.Stereoskopik adalah keadaan di mana objek di lihat seperti menjurus kesuatu titik.

Stereoskopik

Bunyi dan pendengaran

Tujuan bunyi digunakan adalah untuk mendapatkan perhatian,memberikan amaran dan sebagai maklum balas kepada pengguna.Kebanyakan bunyi yang diguna pakai adalah berbentuk muzik atau bentuk suara percakapan.Bunyi adalah sebagai pelengkap antara muka visual yang piawai.Bunyi yang digunakan seharusnya sesuai dan mempunyai perbezaan yang nyata dan tidak membosan pengguna.

Sentuhan

Bagi pengguna yang kurang upaya ini mereka mempunyai deria sentuhan dan pendengaran yang sangat sensitif.Walau bagaimana pun sentuhan tidak meluas diamalkan dalam situasi interaksi manusia dengan komputer.

Skrin Sentuhan

Pemilihan penggunaan antara muka bergantung kepada banyak faktor yang dikaji.Di dalam merekabentuk antara muka yang baik,antara faktor yang penting adalah:

a.Menyelidik latarbelakang pengguna
Latarbelakang pengguna memainkan peranan penting memandangkan mereka adalah pengguna akhir sistem yang telah dibangunkan.Pemilihan antaramuka perlu bersesuaian dengan semua aspek berkaitan dengan isu kepenggunaan.Isu ini termasuklah umur,pengetahuan komputer,pengalaman dan kepakaran,keperluan,janti na dan sebagainya

b.Penggunaan warna
Penggunaan warna sebagai mewakili mesej tertentu sering digunakan.Contohnya,menggunakan warna merah sebagai tanda amaran atau menunjukkan kesilapan.Ciri ini mungkin boleh diaplikasikan dan diterima konsepnya.Tetapi,perlu diingat bahawa ada segenlintir manusia yang tidak dapat membezakan warna-warna tertentu.Manusia biasa hanya boleh membezakan dengan tepat 8-10 warna saja.Biru sesuai dijadikan warna latar belakang,terutama jika paparan bersaiz besar.Sementara warna-warna sejuk seperti biru dan hijau menyebabkan sesuatu objek itu kelihatan jauh .

Bagi pengguna yang menghadapi buta warna mereka ini tidak dapat membezakan warna merah dan hijau.Oleh yang demikian pereka antara muka seharusnya tidak menggunakan warna berkenaan untuk golongan ini.Manakala pula pengguna yang sudah berumur atau orang tua mereka tidak sensitif kepada warna biru pula..Oleh itu dengan paparan monokrom  dua warna hitam dan putih adalah amat sesuai.

 

Penggunaan warna monokrom untuk orang-orang tua.

c.Kecerahan

Kesesuaian antara muka perlu diselaraskan dengan kekerapan penggunaan.Paparan yang terlalu terang menyebabkan pengguna boleh nampak imbasan kilauan.

d.Menyediakan maklum balas
Maklum balas atas segala tindakan perlu telus dengan pengguna.Maklum balas ini boleh dilaksanakan dalam berbagai bentuk seperti paparan visual,audio atau kotak dialog.Misalannya,pengguna memilih untuk menyimpan dokumen.Pengguna perlu tahu status semasa dan apakah yang sedang dilakukan sistem setelah pemilihan di buat.Maklum balas penting kerana tanpanya,pengguna akan merasa keliru dan jika maklum balas yang diberikan tidak tepat,maka pengguna akan melakukan kesilapan lagi.

e.Susun Atur Maklumat pada paparan

Jika pengguna sukar mengesan di manakah dia berada,ataupun bagaimana untuk keluar dari paparan semasa,kita mungkin tidak menyediakan laluan navigasi yang berkesan.Reka bentuk antara muka yang baik bagi pengguna mencari maklumat adalah seperti di bawah ini:

.Tidak mempamerkan terlalu banyak maklumat.

.Tidak mempamerkan terlalu sedikit maklumat.

.Maklumat berkaitan dikumpulkan dalam satu kumpulan.

.Susunan yang bermakna.

.Maklumat yang penting berada pada bahagian utama.

.Maklumat kurang penting berada pada bahagian lain.

.Bahagian yang tidak aktif disembunyikan.

Kesimpulan
Di dalam mereka bentuk antara muka,gunakan ciri-ciri antara muka yang baik berdasarkan prinsip yang telah dikaji oleh pakar di dalam bidang antara muka pengguna.Setiap sistem yang sudah dibangunkan perlu disediakan manual sebagai panduan pengguna sama ada panduan teknikal atau panduan penggunaan biasa.Jika kita berjaya menghasilkan antara muka yang baik,pengguna akan dapat menggunakan sistem dengan lebih cepat dan meninimakan proses pembelajaran.Penilaian antara muka harus dilakukan bersama-sama dengan pengguna akhir.Melalui proses ini,pengguna dapat memberi komen dan cadangan bagi memperbaiki antara muka semasa.

 

 

 

 

 

 

 



posted by: shafik (reply)
post date: 08.05.07 (6:31 pm)

thanks..sy perlukan maklumat lebh lg ,,,,



posted by: Simon Vid (reply)
post date: 10.01.07 (6:42 pm)

Terima kasih , Suatu penerangan ringkas,padat dan menarik. Tahniah, anak Malaysia.



posted by: june (reply)
post date: 10.06.07 (8:04 am)

TQ very much. Anda banyak membantu memberi informasi.



posted by: mini (reply)
post date: 10.07.07 (5:47 am)

TQ so much.Informasi yang bagus



posted by: mimi (reply)
post date: 10.18.07 (12:56 pm)

terima kasih.input yang banyak untuk saya belajar lagi mengenai interface.



posted by: dd (reply)
post date: 11.03.07 (8:15 am)

thanks for you artikel...sobat



posted by: yanie... (reply)
post date: 12.28.07 (8:32 pm)

dapat meningkat ilmu pengetahuan dalam diri seseorang yg ingin menceburi bidang tersebut



posted by: Mohd Zamri Nordin (reply)
post date: 01.20.08 (4:09 am)

Terima kasih diatas segala input yang Tuan berikan.Dan satu lagi, lagu Ikan-ikan 2 sangat menarik minda dan jiwa saya. Apakah boleh saya dapatkan kompilasi lagu ini, di mana ya? Atau boleh Tuan dapatkan untuk saya. Terima kasih saya ucapkan.Subhanallah sungguh agung ciptaan otak manusia.



posted by: kudeed (reply)
post date: 01.20.08 (8:32 am)

Terima kasih di atas kesudian Anda untuk mengunjungi WEBblog ini.Saya sekadar untuk memberikan info dalam gelanggang kehidupan kita.Terutama kepada generasi mendatang.Tak lain untuk terus belajar dan belajar.
Berkaitan lagu "ikan-ikan kecil" ini ia memang menarik penuh dengan sindiran kepada manusia yang pelbagai panorama.
Pemilik lagu ini ialah Sdra IWAN FALS(idola saya)semasa saya dibangku sekolah lagi.Cuma cara ia berfikir ala kiri(menentang arus).Kebanyakkan lagunya kritikan pemerentah.Beliau pernah dipenjarakan kerana lagu-lagu sedemikian.IWAN FALS adalah Legenda Artis Indonesia.Masih hidup dan album terbaru beliau bertajuk "Manusia Setengah Dewa"(juga kritikan)..siri ke 2, saya akan perdengarkan nanti. Jika berminat "setiap koleksi ada".ok.



posted by: icad123 (reply)
post date: 02.07.08 (10:48 pm)

Bolehkah tuan berikan satu contoh atau senario bagaimana manusia menggunakan model mental yang salah dalam interaksi dengan sistem. Bagaimana anda mereka bentuk sistem tersebut untuk membantu pengguna membentuk model mental yang betul



posted by: roy (reply)
post date: 02.12.08 (4:27 am)

tqvm,byk membantu tugasan



posted by: (reply)
post date: 02.25.08 (1:52 am)

Reply to:




posted by: zita (reply)
post date: 02.25.08 (1:53 am)

Bolehkah tuan berikan satu contoh atau senario bagaimana manusia menggunakan model mental yang salah dalam interaksi dengan sistem. Bagaimana anda mereka bentuk sistem tersebut untuk membantu pengguna membentuk model mental yang betul




posted by: aya (reply)
post date: 02.29.08 (1:22 am)

Terimakasih atas banyak maklukmat IT DAN TAHNIAH LAMAN YANG MENARIK.Saya suka dengan muziknya ang mesra alam.Teruska usaha anda.....lain dari yang lain.



posted by: andres (reply)
post date: 03.15.08 (8:23 am)

wah isinya menyentuh hati dan memberi semangat hidup!!!apalagi ditambah lagu nya bang iwan



posted by: sara (reply)
post date: 12.02.08 (4:03 am)

terima kasih,maklumat didalamnya bagus.



posted by: ain (reply)
post date: 01.10.09 (1:48 am)

maklumat yang tuan berikan sangat berguna terima kasih.....



posted by: a-y (reply)
post date: 03.08.09 (6:57 am)

wah gambar yang dibawah juga lucu ..... anak gaul banget, tentang cerita nya juga lumayan bagus...



posted by: aida (reply)
post date: 04.08.09 (3:48 am)

maklumat dalam ni amat berguna tp sayangnya xder rujukan...



posted by: Azlanni Mohd Rani (reply)
post date: 07.08.09 (8:59 pm)

Boleh tuan jelaskan mengenai aspek rekaletak kandungan, reka bentuk nagivasi, interaktiviti dan konsistensi.



posted by: eryani (reply)
post date: 10.28.09 (2:00 am)

kalau ciri-ciri rekabentuk antara muka yang tidak baik (memalukan) dan faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk antara muka tersebut macam mana pula ek?.



posted by: eryani (reply)
post date: 10.28.09 (2:02 am)

kalau ciri-ciri rekabentuk antara muka yang tidak baik (memalukan) dan faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk antara muka tersebut macam mana pula ek?.

Your Name:


Your Comment: