KALAU YANG ITU KAYA YANG INI BERI.
Ada suatu amalan penutur Melayu yang merosakkan bahasanya sendiri. Apabila ada penutur bukan Melayu yang salah menggunakan perkataan, sebutan atau tatabahasanya sendiri, maka dia akan menurut sahaja amalan penutur bukan melayu yang SALAH itu. Dia tidak berusaha mahu membetulkannya.
Berikut adalah contoh yang baik.

Perkataan “kaya” dalam bahasa Melayu bermakna ‘banyak harta.’ Tidak ada roti yang kaya. Tidak akan ada benda begitu.
Oleh sebab itu itu, apa perkataannya? Yang dimaksudkan adalah “serikaya,” iaitu roti serikaya.
Penutur Cina yang tidak mengetahui perkataan serikaya sepenuhnya, sering bermasalah menuturkan perkataan panjang. Oleh sebab itu mereka pendekkan menjadi kaya sahaja. Yik Mun pun begitu.
Tetapi penutur Melayu seharusnya tidak belajar daripada orang yang TIDAK TAHU.
Gunakan perkataan Roti Serikaya.
Kita ada juadah lain yang bermula dengan seri: serimuka, seritalam, dll. Tentulah kita tidak akan memanggilnya kuih talam dan kuih muka. Sekiranya ada yang berbuat begitu, berhentilah, dan mulakanlah menuturkan bahasa Melayu yang santun.
Anehnya, strawberry tidak pula menjadi Roti Beri!!!
written by profabdullah
11.22.08 (8:10 am) [
edit]
0
Comments
Barack Hussein Obama II

Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-44 setelah mengalahkan John McCain dari Parti Republikan dan calon lain dalam pilihan raya presiden 2008. Beliau merupakan orang Afrika Amerika pertama yang dipilih menjadi presiden Amerika Syarikat yang diumumkan menang pada 4 November 2008.
Obama juga merupakan orang Afrika Amerika pertama memenangi pencalonan presiden bagi mana-mana parti politik utama Amerika Syarikat.[1] Beliau yang merupakan Senator Amerika Syarikat muda dari Illinois seterusnya menewaskan senator Hillary Clinton dalam pertandingan sengit untuk menjadi calon presiden Parti Demokrat.
Obama adalah graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau menjadi presiden kepada jurnal Harvard Law Review. Obama juga pernah bekerja sebagai pengurus komuniti dan membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal di dalam Senat Illinois daripada tahun 1997 hingga 2004. Beliau mengajar undang-undang perlembagaan di University of Chicago Law School sejak tahun 1992 sampai 2004. Berikutan daripada percubaan yang gagal bagi mendapatkan satu kerusi di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam tahun 2000, beliau telah mengumumkan kempennya bagi kerusi Senat A.S. di dalam bulan Januari 2003. Selepas kemenangan pertama pada bulan Mac 2004, Obama telah menyampaikan ucapan dasar di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan pada bulan Julai 2004. Beliau telah dipilih mewakili Senat pada bulan November 2004 dengan 70 peratus undi.
Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan. Beliau juga mengadakan lawatan rasmi ke Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, keganasan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S. yang sudah kembali. Semenjak mengumumkan kempen presiden pada bulan Februari 2007, Obama menekankan penamatan perang Iraq, peningkatan ketakbersandaran tenaga, dan penyediaan penjagaan kesihatan sejagat sebagai keutamaan negara. Obama mengumumkan di dalam kempen presidennya pada bulan Februari 2007, dan telah dipilih secara rasmi di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008 dengan senator dari Delaware, Joe Biden, sebagai calon pasangan beliau.
Anak kepada bapa berbangsa Kenya dan ibu kulit putih ini menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya di Honolulu, Hawaii. Ketika berusia enam tahun, beliau pindah ke Jakarta, Indonesia, untuk tinggal bersama ibunya dan bapa tirinya yang berbangsa Indonesia selama empat tahun. Seorang lepasan ijazah Columbia University dan Sekolah Perundangan Harvard, Obama bertugas sebagai pengelola masyarakat, profesor universiti,[2] aktivis politik, dan peguam sebelum berkhidmat di Senat Illinois dari tahun 1997 hingga tahun 2004.
Berikutan kegagalan meraih kerusi di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada tahun 2000, beliau mengumumkan kempen Senat Amerika Syarikat pada Januari 2003. Setelah menang besar-besaran pada Mac 2004 untuk menjadi calon Demokrat untuk Senat A.S., Obama menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen Kebangsaan Demokratik pada Julai 2004. Beliau diundi untuk menyertai Senat pada November 2004 dengan 70% undian.
11.08.08 (8:15 am) [
edit]
0
Comments