


The establishment of the United Nations after World War II raised hopes of a new era of peace. This was over-optimistic. Between 1945 and 1992, there were 149 major wars, killing more than 23 million people. On an average yearly basis, the number of war deaths in this period was more than double the deaths in the 19th century, and seven times greater than in the 18th century.
War and political upheaval have been tearing whole countries apart—from Bosnia and Herzegovina to Cambodia to Rwanda and Palestin. And this vortex of violence is sucking in ever-larger numbers of children. Entire generations have grown up in the midst of brutal armed conflicts. At the end of 1995, conflicts have been running in Angola for over 30 years, in Afghanistan for 17 years, in Sri Lanka for 11 years and in Somalia for 7 years.
Children have, of course, always been caught up in warfare. They usually have little choice but to experience, at minimum, the same horrors as their parents—as casualties or even combatants. And children have always been particularly exposed. When food supplies have run short, it is children who have been hardest hit, since their growing bodies need steady supplies of essential nutrients. When water supplies have been contaminated, it is children who have had the least resistance to the dangers of disease. And the trauma of exposure to violence and brutal death has emotionally affected generations of young people for the rest of their lives .
Recent developments in warfare have significantly heightened the dangers for children. During the last decade, it is estimated (and these figures, while specific, are necessarily orders of magnitude) that child victims have included:
- 2 million killed;
- 4-5 million disabled;
- 12 million left homeless;
- more than 1 million orphaned or separated from their parents;
- some 10 million psychologically traumatized.



The increasing number of child victims is primarily explained by the higher proportion of civilian deaths in recent conflicts. In the wars of the 18th, 19th and early 20th centuries, only about half the victims were civilians. In the later decades of this century the proportion of civilian victims has been rising steadily: in World War II it was two thirds, and by the end of the 1980s it was almost 90 per cent. Families and children are not just getting caught in the crossfire, they are also likely to be specific targets. This is because many contemporary struggles are between different ethnic groups in the same country or in former States. When ethnic loyalties prevail, a perilous logic clicks in. The escalation from ethnic superiority to ethnic cleansing to genocide, as we have seen, can become an irresistible process. Killing adults is then not enough; future generations of the enemy—their children—must also be eliminated. As one political commentator ex-pressed it in a 1994 radio broadcast before violence erupted in Rwanda, "To kill the big rats, you have to kill the little rats."
STOP WAR.......STOP WAR.......STOP WAR.....


![They may cut me into pieces but they cannot make me subscribe to something which I consider to be wrong [...] we must not cease to aspire, in spite of [the] wild talk, to befriend all Moslems and hold them fast as prisoners of our love They may cut me into pieces but they cannot make me subscribe to something which I consider to be wrong [...] we must not cease to aspire, in spite of [the] wild talk, to befriend all Moslems and hold them fast as prisoners of our love](http://s175.photobucket.com/albums/w155/kudeed/th_2148657852.jpg)



Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan. Genocide bermaksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di Bosnia...
Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin." Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.
Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.
Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan" untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.

07.28.07 (11:22 am) [
edit]
0
Comments
Gallery Saya




a)Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesesuaian suatu peranti input yang digunakan?Terangkan dengan memberi contoh yang sesuai.
Pengenalan
Pembangunan kejuruteraan dan sains komputer banyak membantu perkembangan teknologi input yang berkualiti dan bersesuaian dengan kehendak pengguna masa kini.Kemajuan itu juga menjamin keselamatan interaksi manusia dan komputer,kesesuaian teknologi input seperti papan kekunci,tetikus,skrin sentuh dan sebagainya memerlukan pengkajian latar belakang pengguna itu sendiri.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesesuaian peranti input
a)Karakter fisikologi dan psikologi pengguna
Pereka bentuk peranti input kadangkala cenderung mereka peranti berdasarkan kepada apa yang mereka ketahui dan bukannya apa yang dikehendaki pengguna.Kesilapan ini mengakibatkan pengguna berasa tidak selesa ketika menggunakanya.Contoh yang baik di ambil disini ialah peranti tunjuk,keperluan pengguna terhadap peranti ini adalah untuk memanipulasi item atau objek yang dipaparkan pada skrin dengan menggunakan peranti tunjuk ini.Terdapat belbagai jenis peranti tunjuk seperti tetikus,skrin sentuh,pen cahaya,tetikus kaki dan sebagainya.
Ada 2 jenis tetikus iaitu tetikus mekanikal dan optikal.Reka bentuknya dan aktiviti yang dapat menyokong interaksi manusia dengan komputer perlu bersesuaian dalam semua aspek kepenggunaan.Kita lihat kini saiz,warna,bentuk,keperlu an dan jantina di ambil kira bagi merujuk kesesuaian pengguna itu sendiri.Seorang kanak-kanak yang ingin berinteraksi dengan komputer berkehendakkan peranti tetikus yang lebih menarik,mudah,cantik dan sesuai dengan peringkat umurnya.Begitu juga bagi pengguna yang memerlukan peranti tetikus kaki.

Rajah 1: Contoh-contoh tetikus
Tetikus jenis mekanikal maklumat dihantar kepada komputer yang mengawal dan menggerakkan kursor pada skrin.Tetikus Optikal pula pancaran cahaya yang dikeluarkan dari bahagian bahawa tetikus akan dipantulkan oleh corak grid metalik yang akan menterjemah maklumat.Contoh yang lain,seorang yang cacat penglihatan tidak boleh menggunakan papan kekunci biasa dan tetikus.Dalam mereka bentuk peranti input karakter dan psikologi pengguna adalah amat diutamakan sebelum sistem atau proses itu digunakan.
b)Latihan dan kemahiran pengguna
Jumlah latihan yang banyak boleh menggambarkan darjah kesukaran.Kesukaran di sini mungkin melibatkan pemilihan teknologi input contohnya papan kekunci yang tidak menepati piawai.Tidak dinafikan,di dalam penggunaan sistem yang baru,pengguna tidak dapat lari dari keperluan untuk belajar menggunakannya.Ada belbagai jenis papan kekunci seperti QWERTY,Dvorak,Chord,Alfab etik,Natural dan Ergonomik.Satu faktor penting dalam menjamin kualiti dan ketepatan input pengguna adalah maklum balas yang diberikan oleh peranti input yang dimasukkan oleh pengguna.Kebanyakkan papan kekunci masa kini adalah agak lembut ditekan dan apabila ditekan akan menghasilkan bunyi ‘klik’sebagai maklum balas.Berbanding dengan papan kekunci yang lama ,contohnya papan kekunci IBM yang seringkali ditekan dengan kuat.

Rajah 1.1a: Contoh papan kunci ‘QWERTY’
Merujuk papan kekunci qwerty ini ia banyak membantu dari segi pertindihan kekunci semasa melakukan aktiviti pengguna .Reka bentuk qwerty ini banyak mengurangkan permasalah ini.Abjad-abjad yang sering digunakan berturutan diletakkan berjauhan.Contohnya,huruf-huruf ‘s’, ‘t’ dan ‘h’ dalam bahasa Inggeris banyak wujud dalam keadaan yang berturutan.Oleh itu,kedudukan kekunci tersebut diletak pada baris yang berasingan.

Rajah1.2b: Papan kekunci ‘natural’ Microsolf atau Ergonomik
Papan kekunci jenis natural atau Ergonomik ini reka bentuknya sesuai dengan mengambil kira kedudukan jari pengguna.Terdapat juga tempat untuk pengguna meletakkan pergelangan tangan mereka di bahagian bawah papan kekunci.Jika pengguna memilih papan kekunci jenis Chord yang reka bentuknya banyak perbezaan dengan papan kekunci yang lain mahupun dari segi bentuk,saiz dan cara penggunaanya.Saiznya yang kecil memudahkan ia di bawa ke mana saja.Papan kekuncinya boleh beroperasi menggunakan sebelah tangan.Kelemahan yang didapati papan kekunci Chord ini tangan pengguna merasa penat kerana terpaksa menekan beberapa kekunci sekaligus untuk menghasilkan satu abjad.
Rajah 1.3c:Contoh papan kekunci chord
Contoh yang lain,seseorang yang tiada pengalaman menggunakan kayu ria mungkin akan menghadapi masalah menggunakannya.Ini memerlukan latihan dan kemahiran pengguna itu sendiri.

Rajah 1.4d: Kayu ria
c)Tugas yang akan dilaksanakan
Sokongan dan bantuan bagi tugas yang akan dilaksanakan seseorang pengguna melalui teknologi input apabila manusia berinteraksi dengan komputer adalah dinilai melalui kesesuaian,boleh berfungsi,efisyen dan kebolehpercayaan.Contohnya perkembangan teknologi input pen cahaya,direka cipta untuk membentuk kesuaian dan kelebihannya dengan skrin sentuh semasa melukis dan memilih objek yang bersaiz kecil.Pen cahaya ini juga sesuai untuk melakukan tugas-tugas yang tidak memerlukan pemilihan yang banyak.
Rajah 1.5e: Contoh Penggunaan pen cahaya
Namun demikian,pen cahaya juga mempunyai beberapa kelemahan dari segi tugas pemilihan pada skrin boleh meletihkan penguna.Cara yang baik ialah kedudukan skrin yang sesuai perlu difikirkan.Ia juga mudah rosak dan hilang dan menyebabkan sebahagian daripada skrin terlindung.
d)Kerja dan persekitaran
Menentukan pembelian teknologi input yang diperlukan dan pengendalian pemprosesan sistem itu sama ada secara berpusat,teragih atau kedua-duanya.Isu persekitaran dan aktiviti yang dibuat juga perlu diambilkira di dalam reka bentuk peranti input kerana ianya akan memberi kesan kepada perancangan yang dibuat.Seorang pengguna telefon bimbit yang membuat panggilan telefon kepada rakannya di suatu situasi yang agak bising umpamanya di pasar raya,pusat membeli belah stesen kereta api dan sebagainya .Oleh itu,sebelum memilih peranti yang hendak digunakan dalam sesebuah sistem,kita perlu meneliti beberapa faktor penting.
Peranti Input Dalam Persekitaran 3D
Merujuk kepada peranti input dalam persekitaran 3 D yang menggunakan kaedah penjelajahan dan interaksi yang lebih komplek berbanding dengan persekitaran 2 dimensi.Antara peranti input yang menggunakan persekitaran 3 D ini ialah sarung tangan data(data glove).Penggunaan peranti ini sangat berpotensi dalam teknologi yang berasaskan pengecaman gesture dan penterjemahan bahasa isyarat(sign language).

Rajah 1.6f: Contoh ‘data glove’
Sarung tangan data ini mudah digunakan dan sangat berkuasa kerana ia boleh menghasilkan maklumat ruang 3 D yang banyak dalam masa singkat.(10 maklumat sudut bengkokan sendi beserta darjah putaran pergelangan tangan 50 kali setiap saat).
b)Penggunaan bunyi pertuturan dalam sistem berkomputer telah lama menarik minat para pereka bentuk sistem.Terangkan DUA (2) kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan pertuturan ini dan senaraikan satu contoh perisian pertuturan yang di hasilkan menggunakan setiap kaedah tersebut.Suara atau bunyi pertuturan dapat dihasilkan dengan mengunakan dua kaedah seperti berikut
1) Perangkaian(Concatenation )
1.1Menggabungkan ayat,perkataan atau frasa yang telah direkodkan secara digital.
1.2Rakaman ini lalu dimainkan semula melalui kawalan komputer.
1.3Ayat-ayat baru boleh dihasilkan dengan menyusun semula perkataan atau frasa yang telah direkodkan mengikut susunan diperlukan.
1.4Contoh:sistem operator telefon automatic.
Kaedah ini mempunyai 2 kelemahan:
i.Ayat atau perkataan yang dihasilkan tidak begitu lancar dan mempunyai intonasi yang kadangkala tidak sesuai.
ii.Untuk menghasilkan bilangan perkataan adalah terhad,selalunya kurang dari 200 perkataan bagi setiap aplikasi.
2)Sintesis-Secara-Petua (Synthesis-by-Rule)
2.1Menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang disintesis secara sepenuhnya berasaskan petua-petua fonemik dan petua yang berasaskan konteks bagi ayat dan frasa.
2.2‘Fonem’ ialah unit terkecil suatu bunyi.Contohnya,bunyi yang dihasilkan oleh sh’ dan ‘m’.
2.3Jika suatu fonem dalam suatu perkataan ditukar,perkataan itu boleh membawa maksud yang lain sekiranya wujud.Contohnya perkataan ‘garis’ dan ‘laris’.Fonem yang membezakan kedua perkataan ini adalah fonem yang pertama.
2.4Membina lebih banyak perkataan dan bunyi pertuturan berbanding dengan kaedah perangkaian. Contoh: pada kamera,vending machine,kenderaan dan permainan kanak-kanak.Satu contoh perisian pertuturan yang dihasilkan menggunakan kaedah tersebut.
Lafal buatan(speech synthesis)
Adalah penghasilan pertuturan manusia tanpa menggunakan suara manusia secara langsung.Secara umum,pelafal buatan(speech synthesizer) adalah perisian atau perkakasan yang mampu menghasilkan ujaran buatan(artificial speech).Sistem ujaran buatan “Speech synthesis” sering dipanggil sistem teks-kepertuturan (text-to-speech TTS)merujuk kepada keupayaan untuk menukar teks kepada pertuturan.Bagaimanapun,terdapat sistem yang hanya menghasilkan wakil symbol linguistic “symbolic linguistic” representation”sepe rti transkripsi fonetis “phonetic transcription” kepada pertuturan.
Sistem teks-ke-pertuturan(atau engine)terdiri daripada dua bahagian: Bahagian depan dan bahagian belakang.Umumnya,bahagian hadapan mengambil input dalam bentuk teks dan output wakil simbol linguistic “symbolic linguistic represention”.Bahagian belakang mengambil wakil simbol “symbolic linguistic represention” sebagai input dan menghasilkan lafal buatan waveform.Naturalness pensintesis pertuturan biasanya merujuk kepada berapa tepat bunyi output kedengaran seperti manusia sebenar.
Bahagian hadapan mempunyai dua tugas utama:
a)Pertama ia mengambil kes mentah dan menukar sebahagian daripadanya seperti nombor dan ringkasan kepada perkataan bertulis yang setara.Proses ini dikenali sebagai menormalkan teks(text normalization),pre-proces sing,or tokenization.
b)Kemudian ia memberikan transkripsi fonetik “phonetic transcription”kepada setiap perkataan,dan menandakan teks kepada pelbagai unit prosodi seperti frasa,klaus “clauses”,dan ayat.Proses memberikan transkripsi fonetis kepada perkataan ini di kenali sebagai teks-ke-fonem(text-to-phoneme TTP) atau penukaran grafem-ke-fonem(grapheme-to-phoneme GTP).Gabungan transkripsi fonetis dan maklumat mengenai unit prosodi membentuk outout wakil simbol linguistic pada bahagian depan.Bahagian lain,bahagian belakang mengambil wakil simbol linguistik dan menukarkannya kepada output bunyi sebenar.Bahagian belakang sering dirujuk sebagai pensintesis.
hello..jangan lupa say thank for me.

07.09.07 (10:33 am) [
edit]
27
Comments