Beralih Arah: Buat Bakti Untuk Student BIT Di Pusat Pengajian Tinggi.

 

Kudeed bersama keluarga.

Huraikan pergantungan dan perkaitan IMK dengan EMPAT(4) bidang- bidang lain seperti Psikologi,Sosiologi,Ergon omik,Rekabentuk,Falsafah.

Ergonomik
Ergonomik adalah aspek perkomputeran yang berkaitan dengan isu kepenggunaan bagi pengguna komputer.Ergonomik di dalam istilah penyelidikan merangkum merekabentuk program,sistem atau peranti yang mudah digunakan di dalam mencapai tujuan dan konteksnya.Ergonomik juga merupakan bidang kajian berkaitan hubungan manusia dengan persekitaran kerjanya.Dalam IMK ia mengambil kira dan menitik beratkan pandangan,keselesaan dan perasaan pengguna komputer. Sumbangan Ergonomik tertumpu dalam aspek mereka bentuk peralatan atau perkakasan yang diguna pakai berbeza mengikut tujuan,fungsi dan keadaan.Kriteria yang baik dalam bidang Ergonomik ini adalah dapat membantu pembangunan sistem dari segi:

 

1.Boleh berfungsi dengan betul dan lengkap menjadi harapan semua pengguna.

2.Efisyen samada dari segi masa mahupun sumber.

3.Ekonomikal pada kos yang minimum.

4.Kebolehpercayaan dan terjamin dari segi semua perkakasan atau perisian ber- fungsi sepertimana yang sepatutnya.

5.Keselamatan daripada pencerobohan oleh pengguna luar dan dalam yang tidak sah.

6.Mudahalih adalah sistem yang boleh ditingkatkan mengikut peredaran teknologi serta perubahan yang berlaku.

7.Boleh diguna semula.Rekabentuk system yang mengambilkira konsep kelas dan perwarisan akan menghasilkan komponen guna semula oleh lain-lain sistem.

Sains Komputer
Dalam bidang sains komputer ia merupakan salah satu bidang teknologi yang berkembang dengan pantas mengikut perubahan semasa.Pembangunan dan kepantasan teknologinya menghasilkan teknologi perkakasan dan perisian yang berkualiti mengikut perkembangan dan peredaran zamannya.Ini termasuklah kepantasan dan ketepatan pemprosesan,saiz ingatan dan kepantasan perpindahan data. Kemajuan sains komputer turut dirasai dengan perubahan kualiti dan piawai tertentu keatas aksesori komputer,antara muka,konsep interaksi,teknik pemprosesan dan capaian dan juga keselamatan data. Hubungan IMK dengan bidang sains komputer adalah saling memerlukan dan pergantungan ini dapat dilihat melalui situasi perkembangan sistem maklumat terkini.Dalam sistem maklumat itu merupakan interaksi antara manusia dan mesin untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat.Manusia perlu membuat keputusan dalam kehidupan seharian. Keputusan yang dibuat pada hari ini seringkali akan mempengaruhi kehidupan masa depan individu.Organisasi juga perlu membuat keputusan.Kegagalan membuat keputusan yang baik kerapkali akan memberikan kesan buruk kepada organisasi yang terlibat.Perkembangan dan kemajuan sains komputer dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sistem maklumat berkomputer individu dan organisasi.Bagi organisasi besar dan sedarhana,sistem maklumat berkomputer bukan sahaja mengendalikan urusniaga dan operasi harian,ia juga menyokong aliran maklumat dalam organisasi.Kesemuanya menggunakan kompenan manusia,prosedur,perisian ,perkakasan,data dan rangkaian untuk memproses data kepada maklumat.Aliran maklumat dalam organisasi bergantung kepada sistem yang diperkenalkan dan dimajukan oleh sains komputer itu sendiri.

Psikologi

Prinsip Don Norman mengatakan bahawa walaupun manusia adalah individu yang berbeza tetapi mereka mempunyai persamaan di dalam beberapa aspek tertentu seperti pembelajaran,daya mengenal dan mengingati sesuatu benda atau bunyi dan sebagainya.Bidang psikologi cuba memahami perlakuan manusia dan proses mental bagi menentukan had kemampuan pengguna.Ciri-ciri umum manusia antaranya ialah:

i.proses pembelajaran adalah berterusan.

ii.pembelajaran memerlukan masa

iii.manusia menggunakan pengalaman dan pengetahuan lalu untuk memudahkan proses pembelajaran.

iv.manusia jarang membaca manual tetapi melakukan kerja dengan cara lain seperti bertanya atau meniru dari pengalaman lepas atau pengalaman orang lain.

v.manusia sering membina modelnya tersendiri dalam memahami sesuatu.Terdapat 4 tumpuan teras psikologi sosial iaitu:

1.pengaruh seseorang individu terhadap sikap dan kelakuan individu yang lain.

2.kesan sekumpulan individu terhadap sikap dan kelakuan ahli kumpulannya.

3.kesan ahli kumpulan terhadap aktiviti dan struktur kumpulan.

4.hubungan strukutur dan aktiviti antara kumpulan yang berlainan.

Apakah implikasi yang boleh kita perolehi dari kajian ringkas di atas?

1.Kita perlu bina antaramuka yang boleh menggalakkan penggunabelajar dari anataramuka tersebut.

2.Antaramuka yang direka perlu berasaskan kepada model yang sesuai.

3.Antaramuka tersebut juga perlu berdasarkan kepada pengetahuan lalu supaya memudahkan proses pembelajaran.

Biasanya sistem yang kompleks akan lebih difahami jika antaramuka pengguna melambangkan perkara yang sudah menjadi kebiasaan pengguna ataupun kita boleh katakana bersamaan dengan metafora iaitu perwakilan model mental pengguna.Misalannya penggunaan ikon tong sampah sebagai mewakili sesuatu benda yang ingin dihapuskan atau dibuang.Pemetaan model mental seperti ini akan dapat meminimakan dan mempercepatkan proses pembelajaran bagi pengguna di dalam memahami antaramuka tersebut.

Kejuruteraan

Melalui bidang kejuruteraan ia banyak memberikan input yang berfaedah lagi kreatif dan pengetahuan dalam proses membina peralatan dan perkakasan yang berdaya saing dan berteknologi tinggi.Kita ambil contoh penggunaan komputer dalam proses pengilangan.Antara sistem maklumat pengilangan berkomputer menggunakan beberapa teknik utama untuk membantu pengilangan bersepadu komputer(CIM).CIM adalah perkakasan yang menekankan bahawa matlamat komputer dalam automasi kilang hendaklah:

i.memudahkan-prosespengeluaran,rekabe ntukproduk dan penyusunan organisasi sebagai asas penting automasi dan penyepaduan.

ii.mengautomasi- proses pengeluaran dan fungsi perniagaan yang memakai komputer dan robot.

iii.menyepadukan-semua proses pengeluaran dan bantuan menggunakan komputer dan rangkaian telekomunasi.

Tanpa kajian dan penyelidikan kejuruteraan ini adalah mustahil kita dapat melakukan pengurusan yang belbagai dengan sepantas mungkin.Robotik digunakan dalam sistem pengeluaran fizikal untuk perlaksanaan tugas yang lebih baik dan pengurang kos.Robot merupakan mesin pintar yang mengawal terus aktiviti mereka dengan berbantukan komputer mikro.Robotik ialah teknologi pembinaan dan penggunaan mesin dengan kepintaran komputer dan keupayaan fizikal seperti mana yang di kawal oleh komputer dari segi ketangkasan,pergerakan,pe nglihatan dan lain-lain lagi.

Antara kaedah atau pekerjaan yang mendapat impak dari kemajuan dan penyelidikan kejuruteraan dengan menggunakan komputer adalah seperti berikut:

i.Kejuruteraan berbantukan komputer

ii.Rekabentuk berbantukan komputer

iii.Pengilangan berbantukan pengilangan

iv.Logistik

v.Pengurusan kilang

vi.Kawalan proses

vii.Kawalan mesin

viii.Robot.                                         

 

06.26.07 (12:16 pm)   [edit]

3 Comments