Cerpen Pendek Bertajuk:Pengertian Wang Dalam Ilmunya……..

 Sang Guru Dengan Muridnya.      

Dalam Pengajian saya .Tok Guru pernah berkata : “ Untuk apa keperluan wang/duit itu”?.
Saya langsung menjawab “wang itu perlu untuk membeli makan/minum dan benda-benda lain.Tok Guru tersenyum lebar lalu membetulkan pengertian saya.
Katanya “wang bukan untuk itu ,itu hanya zahirnya sahaja”.Saya tak jadi menjawab kerana inginkan beliau meneruskan bicara....
“Marilah kita menjadi orang yang bijaksana” Tok Guru meneruskan bicaranya.....jangan kita menjadi murtad/jahil kerna mau ,semahunya untuk “bertuhankan wang”..Nahuzzubillah….! Saya hanya duduk bersila dengan tertib tanpa menyampuk walau sepatah pun.Begitulah kalau Sang Guru berbicara .Tok Guru meneruskan “Di mana asal wang kertas itu”katanya meneruskan bicara.
Tok Guru mengupas satu-satu seumpama sebiji bawang merah…Asal kertas dari  isi pokok,asal isi pokok dari pokok,asal pokok dari benih ,asal benih…..[ 0].! Saya jadi diam,diam sekehendak hati…cukup mengerti dan faham ,semuanya hanya kerna kasih dan sayangnya ALLAH kepada Hambanya. 
Tok Guru Berbicara lagi.....Kalau sudah begitu apalah yang ada pada wang kertas atau duit siling itu ..jika benda / barang yang kau mau itu sudah TIADA [ 0 ]..sudah barang tentu tiada nilainya.
Semakin banyak saya membisu...tapi hati mau mendapatkan jawapan!Biar puas,sepuasnya.Lalu saya mengusulkan pertanyaan, Jadi untuk apa,wang/duit sebagai alat ini.

Katanya  ”RASA”....(dalam B.Melayu)
Rasa adalah Rahsia ..
Hamba Allah mau kan rasa...........mau rasa itu mau rasa ini...jadilah perebutan rasa...kerna rasa kita boleh binasa!Tapi kerna rasa juga kita boleh beriman dan beramal...tanyai mu golongan arif billah.Betulkah bicara ku?
Aku semakin gementar..jiwaku bergelora..takut-takut Sang Guru semakin jauh berbicara.
Aku ingin mengajarmu suatu rahsia yang disukai Allah jika kau dapat membimbing titipan RASA di dalam jiwamu....pada bila bila waktu kau dengan keberadaanmu.
Nah!,kalau engkau mempunyai sesuatu yang ingin engkau RASA..seumpama sebotol air kopi sejuk cukup menyelerakan kepada seseorang yang melihatmu.Dia melihatmu kerana mungkin,dia tidak mempunyai wang untuk membeli sekelumit RASA..ia rasa kopi sejuk!setelah keringatnya jatuh..gara-gara berkerja KERAS.
Cuba-cuba engkau memberi Rasa apa yang engkau Rasa.Sudah barang tentu Allah akan membalasmu dengan sifatnya kasih dan sayang.Ini hanya perjalanan yang ku berikan terlalu kecil tapi yang disukai Allah.Lihatlah anak-anakmu meronta-ronta mau kan sesuatu kerana ia tidak tau apa itu WANG.
Aku menghulurkan salam dan mencium tangan Tok Guru, tanda kebenaran.Aku bertanya lagi...Tapi aku perlu itu bukan?

Ya.katanya...
Tapi bukan segala-segalanya.Engkau boleh mendambakannya namun engkau jangan alpa.Jadikan ia alat untuk mereka yang perlukan RASA.
Sang Guru melihat jam dinding di pesentren beliau lalu bangkit dari tempat bersimpunya kerna waktu Isya semakin hampir....aku juga beredar..kebetulan tugasku sebagai Bilal hari itu.
Bab 1......bersambung.  

 Adakah mereka punya "Rasa" sebenar rasa!